Tuesday, 8 May 2012

Hadith 9 : Wala' Kepada Pemimpin


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا الْمُغِيرَةُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحِزَامِيُّ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ يَعْصِنِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي و حَدَّثَنِيهِ زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَلَمْ يَذْكُرْ وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي
Maksudnya : Yahya bin Yahya telah menceritakan kepada kami, al-Mughirah bin cAbd al-Rahman al-Hizami telah mengabarkan kepada kami daripada Abi al-Zinad daripada al- A’raj daripada Abi Hurairah daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Barangsiapa mentaatiku sungguh dia telah mentaati Allah, dan barangsiapa bermaksiat kepadaku maka dia telah bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa mentaati seorang pemimpin sungguh dia telah mentaatiku, dan siapa saja bermaksiat kepada seorang pemimpin maka dia telah bermaksiat kepadaku”. Dan Zuhair bin Harb telah menceritakan kepadaku, Ibn cUyainah telah menceritakan kepada kami  daripada Abi al-Zinad  dengan isnad ini, namun dia tidak menyebutkan, “Barangsiapa bermaksiat kepada seorang pemimpin”.[1]

Dengar Dan Taat Ketika Susah dan Senang

و حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ كِلَاهُمَا عَنْ يَعْقُوبَ قَالَ سَعِيدٌ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ
Maksudnya : Sacid bin Mansur dan Qutaibah bin Sacid telah menceritakan kepada kami  daripada Ya’qub, Sacid mengatakan : Ya’qub bin cAbd al-Rahman telah menceritakan kepada kami  daripada Abi Hazim daripada Abi Salih al-Samman daripada Abi Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wajib bagi kalian untuk mendengar dan taat samada dalam keadaan susah mahupun senang, dalam perkara yang disukai dan dibenci dan biarpun merugikan kepentinganmu.”[2]

Taat Sekalipun Yang Memimpin Seorang Hamba Yang Cacat

و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ بَرَّادٍ الْأَشْعَرِيُّ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالُوا حَدَّثَنَا ابْنُ إِدْرِيسَ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي عِمْرَانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ إِنَّ خَلِيلِي أَوْصَانِي أَنْ أَسْمَعَ وَأُطِيعَ وَإِنْ كَانَ عَبْدًا مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ح و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ جَمِيعًا عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي عِمْرَانَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَا فِي الْحَدِيثِ عَبْدًا حَبَشِيًّا مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ و حَدَّثَنَاه عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي عِمْرَانَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ كَمَا قَالَ ابْنُ إِدْرِيسَ عَبْدًا مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ
Maksudnya : Abu Bakr bin Abi Shaibah, cAbdullah bin Barrad al-Ashcari dan Abu Kuraib telah menceritakan kepada kami, mereka berkata : Ibn Idris telah menceritakan kepada kami  daripada Shu'bah daripada Abi cImran daripada cAbdullah bin Samit daripada Abi Dhar berkata  : “Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah) berwasiat kepadaku untuk selalu mendengar dan taat walaupun terhadap hamba yang cacat sebahagian anggota badannya”.  Muhammad bin Bashar telah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Ja’far telah menceritakan kepada kami. (dalam jalur lain disebutkan) Ishaq telah menceritakan kepada kami,  al-Nadr bin Shumail telah mengabarkan kepada kami, mereka semua telah meriwayatkan daripada Shu'bah daripada Abi cImran  dengan isnad ini, dan dia menyebutkan dalam hadithnya, “Seorang hamba Habsyi yang cacat sebahagian anggota badannya”.  cUbaidullah bin Mucadh telah menceritakan kepada kami, ayahku (Mucadh) telah menceritakan kepada kami, Shu’bah telah menceritakan kepada kami  daripada Abi cImran dengan isnad ini, sebagaimana perkataan Ibn Idris , iaitu, “Seorang hamba yang cacat sebahagian anggota badannya”.[3]

Tidak Ada Ketaatan Dalam Perkara Maksiat Kepada Allah

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ جَيْشًا وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلًا فَأَوْقَدَ نَارًا وَقَالَ ادْخُلُوهَا فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا وَقَالَ الْآخَرُونَ إِنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَقَالَ لِلْآخَرِينَ قَوْلًا حَسَنًا وَقَالَ لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ
Maksudnya : Muhammad bin Muthanna dan Ibn Bashar telah menceritakan kepada kami  (lafadznya dari Ibn Muthanna), keduanya berkata : Muhammad bin Ja’far telah menceritakan kepada kami, Shu’bah telah menceritakan kepada kami daripada Zubaid daripada Sa’d bin cUbaidah daripada Abi cAbd al-Rahman daripada cAli berkata bahawa, “Rasulullah SAW pernah mengirim suatu pasukan dan mengangkat seorang laki-laki menjadi komandannya. Kemudian dia menyalakan api (unggun) seraya berkata : “Masuklah kalian ke dalam api tersebut”. Maka sebahagian anak buahnya (platon) hendak masuk ke dalam api tersebut, sedangkan sebahagian anak buahnya yang lain mengatakan : “Kita harus menjauhi api tersebut”. Kemudian peristiwa tersebut dilaporkan kepada Rasulullah SAW, lantas baginda bersabda kepada orang-orang yang hendak melompat ke dalam api tersebut: “Sekiranya kalian masuk ke dalam api tersebut, maka kalian akan sentiasa di dalamnya sehingga hari Kiamat”. Kemudian baginda berkata pula kepada yang lain dengan lemah lembut dengan sabdanya: “Tidak ada ketaatan dalam kemaksiatan kepada Allah, hanyasanya ketaatan itu di dalam kebajikan”.[4]

Makna Kalimah :

1.      أَطَاعَنِي : Berasal daripada kalimah طَاعَ – يطيع – طَاعةَ. Taat bermaksud menurut segala yang diperintahkan
2.      يَعْصِنِي : Maksiat bermaksud keluar daripada ketaatan
3.      مَنْشَطِكَ : Sesuatu yang menarik perhatian kamu
4.      مُجَدَّعَ الْأَطْرَافِ : Terputus sebahagian anggotanya iaitu hamba yang dipandang hina
5.      فَأَوْقَدَ : Memimpin

Huraian :

Hadith-hadith di atas menjelaskan kepada kita tentang kewajiban menurut segala perintah seorang pemimpin yang dipilih di dalam urusan dunia sekalipun dalam keadaan susah atau senang, benci atau suka terhadap arahan yang diberikan selagi mereka tidak memerintahkan supaya melakukan maksiat. Jika mereka mengarahkan supaya melakukan maksiat, tidak ada lagi ketaatan kepada mereka seperti yang dijelaskan di dalam hadith tersebut.

            Baginda SAW juga memerintahkan kepada kita supaya melakukan ketaatan kepada seorang pemimpin walaupun mereka berasal daripada keturunan yang rendah, berkulit hitam dan cacat sebahagian anggotanya. Sebahagian ulama’ mengharuskan seorang hamba menjadi pemimpin dalam urusan-urusan tertentu. Manakala dalam pemerintahan wilayah, disyaratkan seseorang yang bebas (bukan hamba) memegang tampuk pemerintahan tersebut.

            Ketaatan di sini bermaksud selagi mana mereka beriltizam dengan Islam serta mengajak diri dan masyarakat supaya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam segenap lapangan hidup. Jika sekiranya mereka melakukan kemungkaran, hendaklah memberi nasihat dan teguran kepada mereka dengan cara bijaksana. Sekiranya mereka mengarahkan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam atau melakukan maksiat, tidak ada lagi kewajiban terhadap makhluq dalam melakukan maksiat terhadap khaliq.

Pengajaran :

1.      Kepatuhan terhadap seseorang pemimpin dalam setiap urusan hidup merupakan jaminan terhadap kesatuan ummah. Manakala penderhakaan terhadap mereka akan membuka ruang perselisihan dan kerosakan kepada agama dan dunia.

2.      Setiap Muslim berhak menasihati pemimpin dengan cara bijaksana bersesuaian dengan kuasa yang ada pada setiap individu.

3.      Kepatuhan terhadap seorang pemimpin tidak mutlaq sebagaimana ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Ketaatan terhadap pemimpin mempunyai sempadan tertentu selagi mereka tidak mengarahkan supaya melakukan maksiat terhadap Allah.


[1] Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kepimpinan, Bab Wajib Taat Kepada Pemimpin Dalam Semua Perkara Selain Maksiat , Hadith no.3417
[2] Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kepimpinan, Bab Wajib Taat Kepada Pemimpin Dalam Semua Perkara Selain Maksiat , Hadith no.3419
[3] Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kepimpinan, Bab Wajib Taat Kepada Pemimpin Dalam Semua Perkara Selain Maksiat , Hadith no.3420
[4] Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kepimpinan, Bab Wajib Taat Kepada Pemimpin Dalam Semua Perkara Selain Maksiat , Hadith no.3424

Sunday, 29 April 2012

Hadith 8 : Pemimpin Yang Adil


حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَابْنُ نُمَيْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ عَمْرٍو يَعْنِي ابْنَ دِينَارٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ أَوْسٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ ابْنُ نُمَيْرٍ وَأَبُو بَكْرٍ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا
Maksudnya : Abu Bakr bin Abi Shaibah, Zuhair bin Harb dan Ibn Numair telah menceritakan kepada kami, mereka berkata Sufyan bin cUyainah telah menceritakan kepada kami  daripada cAmru (Ibn Dinar) daripada cAmru  bin Aus daripada Abdullah bin cAmru, -dan Ibn Numair dan Abu Bakr mengatakan sesuatu yang sampai kepada Nabi SAW, dan dalam hadith Zuhair- dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar yang dibuat dari cahaya, di sebelah kanan al-Rahman cazz wajall -sedangkan kedua tangan Allah adalah kanan semua-, yaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang di bebankan kepada mereka.”[1]

Makna Kalimah :

1.      الْمُقْسِطون : Berasal daripada kalimah  أقْسَط–  يقْسِط–  اقْسَاطاyang memberi maksud orang-orang yang melaksanakan keadilan di dalam pemerintahan.

2.      مَنَابِر : Jamak bagi kata nama منبر yang juga memberi maksud sesuatu yang tinggi.

3.      يَمِينٌ : Diambil daripada kalimah “اليمن” yang menunjukkan sesuatu keadaan yang baik serta kedudukan yang tinggi.

4.      وَلُوا : Jawatan yang pernah mereka terima

Huraian :

Hadith ini menjelaskan tentang kelebihan pemimpin yang adil serta balasan baik yang akan diperolehi sekiranya mereka menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya tanpa sebarang kezaliman, pencabulan hak, rasuah serta jenayah-jenayah lain. Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik mampu memberi tauladan yang baik kepada rakyat seluruhnya. Sebaliknya, kepimpinan yang zalim akan memberi kesan yang buruk terhadap diri, masyarakat dan negara seluruhnya.

Al-Qadi cIyyad berkata bahawa yang dimaksudkan dengan mimbar ialah mimbar secara haqiqi dan juga mengandungi makna metafora (kinayah) iaitu satu kedudukan yang tinggi dan mulia. Justeru, Imam al-Nawawi telah mengambil jalan menghimpunkan kedua-dua pandangan ini dengan menjelaskan bahawa pemimpin yang berlaku adil di dalam setiap gerak kerjanya akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah iaitu di atas mimbar yang tinggi.

Hadith ini juga menyebut tentang salah satu daripada sifat-sifat Allah iaitu “tangan kanan al-Rahman”. Ulama’ telah berselisih pendapat mengenai hadith-hadith sifat. Terdapat diantara mereka yang beriman dengan hadith tersebut tanpa mengubah maknanya yang asal (takwil) seperti jumhur ulama’ Salaf dan sebahagian ulama’ Mutakallimin. Manakala sebahagian lain berpendapat bahawa hadith-hadith atau ayat-ayat yang berkaitan dengan sifat hendaklah diubah maknanya kepada makna lain yang bersesuaian dengan keagungan dan kesempurnaan Allah seperti pendapat kebanyakan ulama’ Mutakallimin.

Al-Qadi cIyyad berkata yang dimaksudkan dengan “kanan” ialah satu keadaan yang baik serta kedudukan yang tinggi. Manakala Ibn cArafah pula berpendapat bahawa kebanyakan orang arab jika ingin menunjukkan sesuatu yang baik dan terpuji, mereka akan menggunakan sesuatu yang berada di sebelah kanan dan sebaliknya akan menisbahkan kepada anggota kiri sekirnya menunjukkan sesuatu yang hina.

Manakala maksud “Orang-orang yang berlaku adil dalam hukum, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang di bebankan kepada mereka” pula adalah merupakan salah satu kelebihan kepada mana-mana pemimpin disemua peringkat yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Mereka berhak mendapat kedudukan yang tinggi dihadapan Allah kerana telah melaksankan hubungan yang baik dengan Allah dan dalam masa yang sama berlaku baik terhadap manusia.

Pengajaran :

1.      Galakan kepada pemimpin supaya melaksankan tanggungjawab dengan adil.
2.      Pemimpin yang adil berhak mendapat kedudukan mulia disisi Allah.
3.      Kepentingan merapatkan hubungan sesama manusia untuk mendapat keredaan Allah.


[1] Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kepimpinan, Bab Kelebihan Imam Adil, Akibat Zalim Serta Galakan Supaya Sentiasa Bersama Rakyat, Hadith no.3406

Monday, 23 April 2012

Hadith 7 : Makruh Meminta-minta Sesuatu Jawatan



حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي أَبِي شُعَيْبُ بْنُ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ الْحَارِثِ بْنِ يَزِيدَ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ ابْنِ حُجَيْرَةَ الْأَكْبَرِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Maksudnya : cAbd al-Malik bin Shucaib bin Laith telah menceritakan kepada kami, telah menceritakan kepadaku bapakku Shucaib bin Laith,  Laith bin Sa’d telah menceritakan kepadaku, Yazid bin Abu Habib telah menceritakan kepadaku  daripada Bakr bin cAmr daripada al-Harith bin Yazid al-Hadramiy daripada Ibn Hujairah al-Akbar daripada Abu Dhar dia berkata, saya bertanya, "Wahai Rasulallah, sudikah tuanku melantikku sebagai seorang pegawai?" Abu Dhar berkata, "Kemudian baginda menepuk bahuku dengan tangan baginda seraya bersabda: "Wahai Aba Dhar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan), sedangkan jawatan itu merupakan satu amanah. Kelak pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar."[1]

Makna Kalimah :

1.      تَسْتَعْمِلُنِي : Berasal daripada kalimah اسْتَعْمل – يسْتَعْمِلُ – اسْتعْمِلا yang bermaksud meminta pekerjaan
2.      خِزْيٌ : Mendapat bencana, keburukan dan kecelakaan (al-Mu’jam al-Wasit)

Huraian :

Hadith ini diriwayatkan oleh sebilangan ramai perawi iaitu empat puluh orang daripada kalangan para tabicin yang meriwayaatkan antara satu sama lain. Di dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Wahai Wahai Aba Dhar, sesungguhnya aku melihat mu sebagai seorang yang lemah (daripada menerima jawatan), sedangkan aku mencintaimu sepertimana aku mencintai diriku. Janganlah kamu menjadi pemimpin di antara dua orang dan janganlah kamu menguasai harta anak yatim”.[2]

            Hadith ini menjadi dasar terpenting dalam permasalahan seseorang yang meminta-minta jawatan terutamanya bagi yang tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab pekerjaan tersebut. Mereka berhak mendapat kecelakaan dan penyesalan kerana mereka tidak berkelayakan di dalam pekerjaan yang diminta, atau mereka layak tetapi tidak menjalankan amanah yang diberikan secara adil akan dihina oleh Allah pada hari kiamat kelak dan dalam masa yang sama mereka akan menyesal terhadap apa yang telah mereka lakukan di dunia.

            Sebaliknya, sesiapa yang berkelayakan untuk memegang tampuk kepimpinan serta berlaku adil di dalam pemerintahannya akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Tuhannya seperti yang dijelaskan oleh baginda SAW “Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di bawah naungan cArsh Allah (di hari kiamat kelak) ketika manusia tidak mendapat perlindungan selain perlindunganNya, antaranya ialah pemimpin yang adil…”[3]  

Pengajaran :

1.      Seseorang yang tidak berkelayakan di dalam sesuatu pekerjaan tidak sepatutnya meminta-minta jawatan tersebut dibimbangi tidak dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya.
2.      Sikap tamak terhadap jawatan akan membawa penyesalan di hari pembalasan.
3.      Pemimpin yang adil akan mendapat pertolongan daripada Allah serta disenangi oleh rakyatnya.


[1] Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kepimpinan, Bab Makruh Meminta Jawatan Tanpa Darurat, Hadith no.3404
[2] Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kepimpinan, Bab Makruh Meminta Jawatan Tanpa Darurat, Hadith no.3405
[3] Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Azan, Bab Sesiapa yang Duduk di Masjid Menunggu Waktu Solat, Hadith no.620